Politik

PRN Johor: Pintu untuk Pas, Bersatu belum tertutup

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, pintu kerjasama dengan parti Bersatu dan Pas masih terbuka.

Keputusan, kata beliau adalah tertakluk kepada pucuk pimpinan parti kelak.

Bagaimanapun, ujar beliau, Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan sekali gus menubuhkan kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan.

Hasni berkata, sehubungan itu pihaknya bersedia untuk meletakkan calon untuk jumlah kerusi yang lebih banyak berbanding ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Katanya, jentera parti juga sudah bersedia dan mereka menunjukkan semangat yang tinggi.

“Peluang UMNO (untuk menang PRN Johor) amat baik sekali, keyakinan kita tinggi dan kita berharap akan dapat bertanding lebih banyak kerusi berbanding PRU-14 lalu.

“Soal pengagihan kerusi masih belum diputuskan dan ia akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan ketiga-tiga parti komponen dalam BN iaitu UMNO, MCA dan MIC,” katanya.

(Visited 302 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button