Nasionalpilihan

Penjawat awam terima bonus RM2,000 23 Februari ini – PM Anwar

BAYARAN Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah, lantikan dan pesara kerajaan akan dibayar pada 23 Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu sebentar tadi pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan, Presint 2, semalam.

“Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam berjumlah RM2,000 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak RM1,000 di semua sektor awam dan RM1,000 kepada pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

“Itu akan dibayar sekaligus pada 23 Februari ini,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Menerusi Bajet 2024, kerajaan bersetuju memberi bayaran SSPA sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Sementara iu, Anwar berkata, laporan akhir kajian SSPA akan diselesaikan dalam tempoh dua bulan ini.

Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa SSPA sebelum laporan itu dibawa kepada Jemaah Menteri untuk pembentangan dan kelulusan. – SM

Artikel berkaiatan > Penjawat awam Perlis terima bonus setengah bulan gaji

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button