Nasional

Melaka terima zakat perniagaan RM5.6 juta

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 27 April – Pusat Zakat Melaka menerima penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM5,603,630.28
daripada 14 agensi dan syarikat korporat di negeri ini.

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka (TYT) Tun Mohd Ali Mohd
Rustam di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT, Ayer Keroh di sini hari ini.

Pada majlis itu Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan tertinggi berjumlah RM3,407,150.75
diikuti Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd RM 627,300.

Turut menyerahkan zakat perniagaan adalah Telekom Malaysia Berhad sebanyak RM288,957 dan FGV Holdings
Berhad sebanyak 221,856.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Zaidi Johari, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,
Warisan dan kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka,
Datuk Ibrahim Fadzil.

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button