Mahkamahpilihan

Warden pusat tahfiz mengaku tidak bersalah cederakan pelajar

Seorang warden sebuah pusat tahfiz di Melaka Tengah membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini atas pertuduhan memijak, menumbuk, menampar dan memukul empat pelajarnya sehingga cedera sejak Februari lalu.

Tertuduh Muhammad Farhan Abdul Rashif, 35, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd. Sabri Ismail.

Tertuduh didakwa telah menampar serta menumbuk pada bahagian pipi, menendang perut dan memijak pada bahagian dada manakala seorang lagi mengalami kecederaan fizikal di bahagian kaki kanan.

Semua perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah guru di pusat tahfiz dalam daerah Melaka Tengah pada 7 dan 8 Mei lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM50,000 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama 31(2) akta sama.

Tertuduh turut berdepan tiga lagi pertuduhan di bawah seksyen sama di hadapan Hakim Mohd. Sabri melibatkan dua pelajarnya berusia 15 tahun ketika kejadian dalam prosiding lain.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan telah mendedahkan remaja itu kepada bahaya dengan menampar pipi dan memukul badan mangsa menggunakan rotan manakala memijak seorang lagi di bahagian perut.

Kesalahan itu dilakukan di surau dan gelanggang bola pusat tahfiz sama pada pertengahan Februari dan 10 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari dan Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak mencadangkan sebarang jaminan demi keselamatan mangsa dan tertuduh yang merupakan warga Singapura dikhuatiri akan pulang ke negara asalnya dalam tempoh prosiding.

Peguam tertuduh, Faathir Imran merayu dibenarkan jaminan kerana pusat tahfiz berkenaan sudah pun ditutup dan semuja pelajar telah pulang tinggal bersama keluarga masing-masing.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, kedua-dua pihak penghakiman tidak memberikan jaminan. Kes akan disebut semula 26 Jun ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang pengasas tahfiz terkenal di Melaka bersama adiknya yang juga warden pusat berkenaan ditahan selepas dipercayai terlibat melakukan jenayah seksual dan mendera enam pelajar lelakinya. – SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button