Hiburan

Isteri Allahyarhan Abam Bocey luah rasa rindu

“Semalam abang muncul dalam mimpi sayang, rindu tawamu tapi sayang sedar abang telah tiada.”

Itu antara luahan Siti Nur Hidayah Mohd. Ali yang juga isteri kepada Allahyarham Abam Bocey di akaun Instagram rasmi abam_bocik.

Menerusi status tersebut, Hidayah turut memberitahu dirinya berasa sepi selepas kehilangam Abam.

Status tersebut mendapat reaksi positif daripada peminat Allahyarham Abam yang memberi kata-kata semangat kepada Hidayah.

Allahyarham Abam yang juga abang kepada pelawak, Ali Puteh menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, pada 8 Disember 2017.

Mereka disatukan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang dilahirkan di Hospital Selayang, Selangor pada 14 Jun 2019.

Pemergian Abam mendapat perhatian ramai rakan selebriti memandangkan sikap baik yang ada pada dirinya.

Namun, berlaku sedikit salah faham selepas itu di antara Ali Puteh bersama dengan Hidayah yang juga menjadi bahan bualan peminat. – SM

(Visited 438 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button