Nasional

99% orang dewasa di Lembah Kelang telah disuntik dos pertama

JUMLAH orang dewasa di Lembah Kelang yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 kini mencecah 99 peratus.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut merekodkan 45.5 peratus orang dewasa telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Sehingga semalam 23.161 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat yang merangkumi 15.162 juta dos pertama dan 7.998 juta dos kedua.

JKJAV memaklumkan 64.8 peratus orang dewasa di seluruh Malaysia telah menerima dos pertama dan sebanyak 34.2 peratus telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Labuan merekodkan peratusan tertinggi penduduk dewasa yang lengkap disuntik kedua-dua dos iaitu 83.9 peratus, diikuti Sarawak (70.2 peratus), Perlis (47.1 peratus), Negeri Sembilan (45.7 peratus) dan Lembah Kelang (45.5 peratus).


Sementara itu pemberian vaksin harian merekodkan 514,674 dos vaksin diberikan kepada rakyat semalam yang merangkumi 220,839 dos pertama dan 293,836 dos kedua.-SM

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button