Rencah Hidup

Mi segera sebungkus RM16.90: Yang kurang duit sila menabung dulu – Aliff Syukri

USAHAWAN jutawan Aliff Syukri meminta mereka yang tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli mi segera keluarannya supaya menabung terlebih dahulu.

Mi segera dengan nama Mie Congek yang mula berada di pasaran beberapa hari lalu itu berharga RM16.90 sebungkus.

“Jom rasa Mie Congek saya. Pasti sedap dan terangkat. Yang ada duit cubalah. Yang kurang duit sila menabung dulu,” kata Aliff Syukri dalam satu hantaran di Facebooknya.

Rata-rata pengguna berpandangan harga mi segera tersebut terlalu mahal untuk dibeli oleh mereka.

“Ingat penah susah faham. Rupeanya lupa diri, berlipat kali ganda untung dengan secuit mi macam tu jual mahal-mahak. Saya nak jual sambal mahal pun fikir. Kesian orang nak makan sambal je pun kena keluar duit macam beli lauk. Tapi harga bawang dengan cili sentiasa melambung kena la juga jual harga macam tu.

“Tapi rasa bahan-bahan yang Datuk gunakan itu taklah mahal pun modalnya, saya doakan mi ini boleh pegi jauhlah ya sebab time PKP ni susah betul nak tarik pelanggan semua tengah sesak duit,” kata Citie Fatimah Abdul Manaf.

Seorang lagi pengguna berkata, dengan harga tersebut mereka boleh makan mi dengan lauk makanan laut yang segar.

“RM16.90 boleh makan mi udang galah segar-segar. Kalau mi samyang harga RM5 pun boleh turun RM3.00 lebih bagi memenuhi permintaan rakyat marhaen dan memahami isi poket rakyat kenapa Datuk tak cuba memahami rakyat?

Dengan nama gah mi Datuk boleh terjual berpuluh ribu peket sekali jalan. Bersyukurlah kalau nk dibandingkan dengan peniaga lain yg bergelut mencipta nama walau mi depa sejuta kali lebih sedap dari mi Datuk,” komen Nurirdayu Ab. Azid.

Sementara itu seorang pengguna berharap Aliff Syukri dapat menerangkan mengapa mi segera tersebut dijual pada harga tersebut.

“Datuk untuk elak org mengata kena terangkan kenapa harga letak macam tu? Contoh guna mee homemade ke, sebab sos fresh homemade ke, sebab daging import mahal ke. Terangkan biar orang faham dan tak kecam. Kalau boleh mi tu lebihkan lagi. Dan terangkan apa yang ada dalam pek tu.

“Musim-musim PKP ini ramai yang terjejas nak beli untuk seorang makan dengan harga macam tu memang la ramai rasa tak berbaloi kecuali orang yang mampu. Kalau boleh keluarkan produk makanan yang semua mampu beli. Dan niat nak jual, nak bagi orang makan senang hati, nak tolongg gembirakan perut-perut orang lain. Kita senang pun sebab orang lain juga yang support,” kata Ainieny Hizaliee.

Mie Congek dihasilkan setelah melalui kajian selama hampir enam bulan. Mi tersebut khusus untuk mereka yang gemarkan ayam.
.
“Rasanya lebih sedap daripada mi segera yang lain. Confirm terlajak sedap dan terlalu enak. Sukar untuk saya gambarkan.

“Mie Congek yang berharga hanya RM 16.90 sahaja hnya perlu rebus sahaja dan di dalam ini cukup penuh dengan sayuran dan juga ayam yang segar dari ladang,” kata Aliff Syukri.-SM

(Visited 1,799 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button