Berita

Pelajar UiTM sertai program komuniti di Felda

SERAMAI 30 orang pelajar dari Kelas Kokurikulum Khidmat Komuniti Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menyertai program khidmat komuniti Service Learning Malaysia (S.U.L.A.M) di bawah anjuran UiTM selama tiga hari di Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Baru, Selangor, baru-baru ini.

Program ini berperanan sebagai platform pertukaran dan perkongsian ilmu antara peserta dan penduduk kampung. Seramai 19 keluarga  penduduk kampung terbabit bagi melaksanakan program ini.  Para peserta telah diberi keluarga angkat masing-masing bagi mengeratkan lagi hubungan dengan penduduk kampung.

Kawasan projek utama yang dilaksanakan aktiviti adalah kawasan Dataran Alam di Felda tersebut. Para peserta telah diagihkan tugasan  mengikut kumpulan  bagi menceriakan kawasan Dataran Alam, Felda Sungai Tengi ini. Projek mengindahkan  semula kawasan Dataran Alamm ini adalah seperti pengindahan kawasan landskap, melukis mural, penanaman pokok, pembersihan kawasan, pengindahan kawasan maze runner dan juga pembinaan papan tanda Dataran Alam sebagai mercu tanda kawasan tersebut.

“Apa yang banyak ditekankan di sini adalah bagaimana kreativiti generasi muda mampu menceriakan dan mencantikkan lagi Felda ini di samping mengeratkan silaturahim antara peserta dan penduduk,” kata salah seorang peserta apabila ditanya tujuan program S.U.L.A.M ini.

Sumbangan lima buah meja batu di kawasan Dataran Alam ini secara tidak langsung dapat digunakan sebaiknya nanti oleh masyarakat Felda untuk berehat dan melaksanakan aktiviti riadah di sini.

“Pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti merewang dan ceramah agama. Pelajar turut didedahkan dan diberi ilmu pengetahuan dari masyarakat Felda mengenai proses penanaman kelapa sawit dan proses penjualan kelapa sawit ini dan ianya mencapai tujuan program ini”, kata  Nor Hisyam Husin, pensyarah Kelas Kokurikulum Khidmat Komuniti.

Sementara itu, salah seorang dari keluarga angkat, pula mengakui amat teruja dengan kehadiran para peserta di Felda tersebut.

“Saya bersyukur dan terharu dengan kehadiran mahasiswa UiTM yang sahaja berkongsi ilmu malah memeriahkan lagi keadaan Felda yang semakin kurang generasi muda,” katanya sambil bertekad akan terus berhubung dengan keluarga angkatnya.

Ketua peneroka Felda Sungai Tengi Selatan juga berharap agar hubungan yang telah dijalinkan antara penduduk dan peserta akan berterusan.

Diharapkan lebih banyak program seperti ini dijalankan bagi memberi lebih banyak ilmu kepada generasi muda kini.

(Visited 365 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button