Nasional

Tingkat kecekapan kaunselor dalam penjagaan kesihatan mental masyarakat

WALAUPUN terdapat banyak kemajuan dalam rawatan dan diagnosis untuk pelbagai keadaan perubatan, tahap kesihatan yang tidak sihat sering hadir mengganggu kesihatan mental kebanyakan orang dalam kehidupan mereka.

Menurut pensyarah kanan dan Ketua Program Sarjana Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal di Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr. Samsiah Mohd Jais, seseorang individu memerlukan kaunseling penjagaan kesihatan ketika penyakit dan masalah kesihatannya bertambah tenat dan menyebabkannya tidak berupaya untuk berbuat apa-apa.

“Apabila masalah kesihatan menjurus kepada masalah psikologi, seseorang individu perlu mendapatkan kaunseling penjagaan kesihatan bagi membantunya menangani masalah tersebut”.

Profesor Madya Dr. Samsiah Mohd Jais

Seseorang individu, katanya, perlu mendapatkan kaunseling penjagaan kesihatan semasa berhadapan dengan pelbagai jenis masalah, cabaran, dan rintangan dalam usaha mencapai matlamat profesional dan peribadinya.

Beliau berkata makna dan kepentingan kaunseling penjagaan kesihatan dapat dikenalpasti apabila seseorang individu memperoleh konsep dan saranan yang berharga bagi membantunya menyelesaikan masalah agar kehidupan yang lebih baik dapat diteruskan.

Menurut beliau Kit Pendidikan Kaunseling Kesihatan Mental yang dihasilkannya dibengkelkan dan diaplikasi oleh pelbagai profesional kesihatan mental yang bertujuan membantu klien atau pesakit mempelajari cara menjaga kesihatan emosi dan fizikalnya dengan lebih sistematik.

Dr Samsiah berkata perkhidmatan kaunseling untuk penjagaan kesihatan ini perlu disebarkan kepada orang ramai agar makna dan kepentingan kesihatan dan kesejahteraan dapat difahami selaras dengan penekanan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan sekali gus membudayakan hidup sihat dan membina kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan masyarakat dan seterusnya menjadikan seluruh ahli masyarakat sihat sejahtera sepanjang hayat.

Katanya ada yang terpaksa menanggung masalah kesihatan yang kronik sepanjang hayat mereka, malah menimbulkan ketakutan dan keresahan terhadap kesakitan, kehilangan fungsi, atau kematian.

“Kaunseling dapat membantu orang ramai menangani dan menyesuaikan diri mereka dan membantu ahli keluarga sama ada episod akut atau kronik, seumur hidup (keturunan) atau keadaan yang mengancam nyawa.

Sementara itu Dekan Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) UPSI, Profesor Madya Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim berkata fakulti bergerak seiring dengan situasi kesihatan di Malaysia dengan menawarkan program sarjana Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal dalam melahirkan sarjana dan kaunselor kesihatan mental klinikal yang kompeten dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran klinikal dan sumber informasi yang bermanfaat berkaitan kesejahteraan kesihatan.”

Profesor Madya Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim

Menurut beliau kaunseling penjagaan kesihatan merupakan bahagian penting dalam rawatan perubatan. Ini jelas ditunjukkan ketika seseorang itu sakit, dia akan berasa tidak berdaya untuk melakukan sesuatu, kecewa dan kurang bersemangat untuk melaksanakan sesuatu tugas dan aktiviti.
Kaunseling, katanya, bertujuan untuk mendorong kehidupan yang sihat dan menangani situasi yang sukar supaya pesakit dapat mencari jalan keluar daripada masalah yang dihadapinya dan meningkatkan kesejahteraan.
“Kaunselor dalam persekitaran penjagaan kesihatan seperti di hospital mempunyai pengalaman unik bekerja berikutan perlu memberikan perkhidmatan kaunseling rutin kepada pesakit atau klien, perkhidmatan sokongan psikososial, pengrekodan dan mengendalikan sesi susulan serta perlu mematuhi dan mengekalkan piawai etika kaunseling,” katanya. – SM

BACA JUGA : Bazaar Ramadan Edge UPSI didik mahasiswa ilmu keusahawanan

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button