Alam SekitarNasional

PKR fahami kemarahan 1 juta pengguna air di Lembah Kelang

PARTI Keadilan Rakyat yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Harapan amat kemarahan lebih 1 juta akaun pengguna di Lembah Kelang.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, parti itu juga memahami kegusaran penduduk di 1,279 kawasan yang terkesan sekali lagi dengan gangguan bekalan air akibat penutupan Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 hari ini.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pandai berkata, Biro Politik PKR akan mengadakan mesyuarat esok berkaitan masalah bekalan air yang seringkali berlaku di Lembah Kelang.

Menurutnya, PKR akan meminta laporan penuh berkenaan isu ini dibentang dan dibincangkan dengan teliti.

“PKR memandang serius isu gangguan bekalan air yang sering berulang ini, dan pihak Kerajaan Negeri serta agensi-agensi terbabit perlu menanganinya pada kadar segera,” kata Fahmi dalam satu kenyataan.

Kerajaan Negeri Selangor diterajui PKR dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari merupakan Pengerusi PKR Selangor.

Kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat, akan mengalami gangguan bekalan air mulai jam 6 petang ini.

Gangguan bekalan tidak berjadual membabitkan tujuh wilayah itu berlaku pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor.

Isu bekalan air di Selangor seolah-olah menjadi acara bulanan kepada penduduk di Lembah Kelang. Sejak awal tahun ini, Selangor mengalami sembilan kali pencemaran yang menjejaskan bekalan air bersih kepada pengguna.

Ia semakin kerap kebelakangan ini apabila setiap bulan pasti berlaku pencemaran yang menyebabkan bekalan air terpaksa dihentikan.

Pada 21 Oktober lalu, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri melantik sebuah syarikat dron untuk memantau aktiviti pencemaran sumber air di negeri.

Pada 21 Oktober lalu, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri melantik sebuah syarikat untuk memantau aktiviti pencemaran sumber air di negeri bulan ini mengunakan empat unit dron.

Amirudin berkata, dengan penggunaan dron berteknologi tinggi itu, ia dapat memberikan analisa dan mengesan sesuatu kandungan dalam air pada peringkat awal.

Sebelum ini Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata terdapat 869 kilang tanpa kebenaran di sekitar sungai, sebahagian besarnya terletak di hilir sungai atau selepas muka sauk loji rawatan air (LRA).

Daripada jumlah 869 kilang tanpa kebenaran di sekitar sungai, 546 adalah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya (23), Majlis Perbandaran Klang (20), Majlis Perbandaran Kajang (155), Majlis Perbandaran Selayang (75), Majlis Perbandaran Sepang (dua), Majlis Perbandaran Kuala Langat (27), Majlis Daerah Kuala Selangor (14) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (tujuh).

Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan pindaan terhadap Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 yang meningkatkan hukuman terhadap pihak yang mencemarkan sungai di negeri itu.

Susulan pindaan terbaharu itu, mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara mandatori, selain denda dinaikkan daripada maksimum RM100,000 kepada di antara RM200,000 hingga RM1 juta.-SM

 

 

 

 

 

 

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button