Politik

Tarik sokongan tanda UMNO utamakan rakyat – Pemuda

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Datuk Qobin menyatakan keputusan UMNO untuk menarik sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tepat dan jelas.

Katanya, Majlis Kerja Tertinggi UMNO adalah badan tertinggi parti dan keputusan yang dibuat adalah daripada suara akar umbi dan demi kepentingan rakyat dan keutuhan parti.

“Ini menunjukkan UMNO tidak gilakan jawatan, tidak kisah hilang kuasa asalkan suara dan kesempitan rakyat diangkat ke atas. Walaupun menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Keselamatan oleh YB Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein, ianya bukanlah ‘gula-gula’ kepada UMNO untuk terus menyokong Perikatan Nasional.

“UMNO sudah memberikan peluang dan syarat seawal Mac 2021 agar Perikatan Nasional melunaskan janji dan menyelesaikan masalah rakyat terutamanya semasa Pandemik Covid dan mengimbangkan ekonomi negara, tapi mereka gagal kesekian kalinya.

“Namun demikian, Datuk Qobin menegaskan, untuk berhadapan dengan PRU 15 nanti, ada 7 perkara yang perlu pemimpin UMNO berikan penekanan dan ikuti,” katanya.

Antaranya kata beliau, menonjolkan calon Perdana Menteri yang benar-benar diterima rakyat dan akar umbi, menampilkan calon baru yang berwibawa tidak kira muda ataupun siapa sekalipun, menjamin kestabilan politik negara dan merancakkan kembali ekonomi negara, menyelesaikan segera segala masalah rakyat dan pandemik covid serta membatalkan saman-saman yang tidak munasabah sepanjang kepimpinan kerajaan gagal.

“Sekiranya perkara ini tidak dilaksanakan, UMNO juga tidak akan mendapat sokongan rakyat dan sekali lagi tidak akan menang di banyak tempat yang ditandingi.

“Saya berharap agar kepimpinan tertinggi UMNO dapat melakukan perubahan drastik dan menerima pandangan ikhlas ini.

“Saya ucapkan syabas di atas keputusan yang berani dan tahniah kepada mentor saya YAB DS Ismail Sabri Yaacob di atas perlantikan sebagai Tmbalan Perdana Menteri  Malaysia dan juga Dato’ Sri Hishamuddin sebagai Menteri Kanan Keselamatan Malaysia. Jalankanlah tugas dengan sebaiknya dan bantulah rakyat dan negara dengan mengeluarkan negara dari segala masalah yang sedang dihadapi,” katanya.

(Visited 337 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button