Politik

PRU15 mesti diadakan dengan apa cara pun tahun ini

RASIONAL atau tidak pandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mesti diadakan tahun ini dengan apa cara sekali pun.

Pilihan raya umum tidak boleh ditangguhkan sehingga tahun hadapan kerana pihak musuh menabur fitnah bagi menghakis keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional.

PERSOALANNYA :

Rakyat merasakan Presiden UMNO tetap mahu adakan Pilihan Raya Umum tahun ini kerana takutkan kes mahkamah beliau berada di penghujung jalan dan takutkan beliau didapati bersalah, tidak boleh bertanding dalam PRU15 serta perlu mengundurkan diri dari memegang sebarang jawatan dalam parti.

Fitnah dari pihak pembangkang adalah perkara biasa yang sering kedengaran setiap hari.

Yang peliknya fitnah dan serangan dari Pemimpin UMNO sendiri terhadap Perdana Menteri UMNO.

Ini sebenarnya akan menghakis keyakinan rakyat terhadap parti UMNO dan Barisan Nasional.

Yang peliknya, kenapa Presiden UMNO tidak mahu mengambil tindakan displin terhadap bekas Ahli MKT tersebut ?

Paling tidak, pecat keahlian individu UMNO tersebut supaya UMNO tidak terpalit lagi dengan sebarang komen-komen individu tersebut.

Komen-komen individu tersebut bukan lagi dilihat sebagai komen dari pemimpin UMNO tetapi hanyalah komen dari seorang rakyat jelata yang saban malam menyalak kepada Perdana Menteri yang dibenci olehnya.

Dengan tidak mengambil sebarang tindakan, ianya memperlihatkan seolah-olah Presiden UMNO endose (membenarkan) individu berkenaan menyerang PM setiap hari dengan pelbagai fitnah dan cerita-cerita rekaan bertujuan menghasut rakyat membenci Perdana Menteri, Ismail Sabri.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiada pilihan lain bagi melindungi dirinya daripada serangan berterusan yang berunsur fitnah dan hasutan.

PM mengambil tindakan undang-undang dengan meminta Pegawai Khasnya membuat laporan Polis serta memohon perintah mahkamah supaya tertuduh memadamkan semua tulisan dan video yang berunsur fitnah tersebut.

Agak menghairankan apabila Presiden UMNO memberi tekanan kepada Perdana Menteri agar mengadakan Pilihan Raya Umum tahun ini jugak kerana takutkan BN difitnah berterusan tetapi …..

“Realitinya, Ahli UMNO (bekas Ahli MKT) yang setiap malam memfitnah PM Ismail Sabri tanpa mendapat sebarang pelindungan dari Presiden UMNO.

“Seolah-olah serangan demi serangan ini, hanya akan menghakis keyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri dan tidak akan memberi sebarang effect kepada parti UMNO, apabila berhadapan dengan PRU15 kelak.”

Pelikkan pemikiran Presiden UMNO berkenaan dengan dua perkara ini. – SM

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button