NasionalPolitik

Tindakan Anwar Ibrahim tidak berhati perut – Ketua Armada

ARMADA menyelar tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan sebagai satu tindakan yang tidak berhati perut kerana mengumumkan telah mendapat sokongan dan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu dan sekaligus, memberi gambaran kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah tumbang.

Ketua Armada, Senator Wan Ahmad Fayshal berkata, Anwar sebagai seorang negarawan yang mahu menjadi Perdana Menteri, sepatutnya lebih bersabar dan sekurang-kurangnya tunggu sehingga selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ataupun tunggulah sehingga Yang di-Pertuan Agong yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), pulih sebelum bertindak sedemikian

“Situasi pengumuman Anwar tadi (tengah hari pada sidang media Anwar), setakat yang saya lihat, apa yang beliau lakukan adalah gimik untuk beliau pastikan kemenangan bagi pihak PKR di Sabah.

“Dan ini bukan perkara baharu dalam politik. Datuk Seri Anwar Ibrahim, dahulu pun pada 16 september, kira-kira 10 tahun yang lalu telah mengumumkan pembentukan kerajaan.

“Apa yang berlaku pada hari ini adalah suatu yang tidak mengejutkan tetapi sedikit mengecewakan bagi saya kerana kita sudah sedia maklum, keadaan negara sedang bergolak dengan covid dan dalam keadaan Yang di-Pertuan Agong tidak sihat, dimasukkan ke IJN.

“Dan tiba-tiba ada pengumuman sebegini. Ini membuatkan market atau pasaran kita tidak stabil dan orang politik pun akan menjadi tidak senang duduk dengan berita-berita begini,” kata beliau hari ini.

Ahmad Fayshal menambah: “Jadi, saya rasa apa yang berlaku tadi (tengah hari) adalah tidak wajar oleh seorang negarawan yang ingin menjadi Perdana Menteri dan beliau sepatutnya lebih bersabar.

“Sekurang-kurangnya tunggulah selepas selesai yang di PRN Sabah atau tunggulah selepas Yang di-Pertuan Agong beransur pulih. bukan sekarang.

“Jadi ini perkara, saya sebagai anak muda, kita menyelar tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berhati perut dalam mengambil kira situasi semasa, dalam keadaan rakyat Malaysia sedang bergelut dengan isu covid dan isu isu ekonomi, beliau bermain catur politik yang boleh merugikan negara. Ini komen saya sebagai Ketua Armada Nasional.”

Tambah Ahmad Fayshal  lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selagi mana beliau tidak menunjukkan satu persatu nama-nama dan bilangan Ahli Parlimen yang dikatakan bersama dengan beliau, ia omong kosong.

“Selagi itu – itu hanyalah bagi saya, omongan kosong dan kita perlu ingat, sebarang perubahan kerajaan yang ada kuasa pada ketika ini ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

“Dan Perdana Menteri, hanya beliau sahaja yang boleh mengusul untuk membubar Parlimen.

“Kalau mana benar Perdana Menteri tidak mempunyai sokongan majoriti buat masa ini, apa yang dibangkitkan itu (oleh Anwar Ibrahim) hanyalah omongan kosong.

“Kita tunggu dan lihatlah sama ada benar atau tidak … kita Armada sentiasa bersedia untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) kalau benar kita perlu bubarkan Parlimen dan kerajaan yang ada.

“Armada dan Bersatu bersedia untuk berdepan dengan PRU bersama-sama dengan rakan sekutu kita,” kata Ahmad Fayshal. – SM

 

(Visited 346 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button