Ekonomi

RM50 juta pembiayaan usahawan mikro dari Bank Rakyat

Dalam usaha membantu usahawan dan syarikat perusahaan mikro, Bank Rakyat menyalurkan pembiayaan lebih RM50 juta sepanjang tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan, pembiayaan mikro ini melibatkan perusahaan Bumiputera berjumlah RM43.5 juta , masyarakat Cina menerima RM5.4 juta manakala masyarakat India sebanyak RM1.04 juta.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan

‘’Ia sebagai agenda utama transformasi ekonomi negara menerusi inisiatif Ekonomi Madani yang dirangka berlandaskan faktor kemasyarakatan, nilai dan norma masyarakat yang ditekankan dalam konsep Malaysia Madani.

“Komitmen Bank Rakyat dalam mengupaya lebih ramai usahawan dan perniagaan berskala kecil dan sederhana daripada setiap lapisan masyarakat juga mampu membantu kerajaan mencapai aspirasi pembasmian miskin tegar, di samping mempertingkatkan daya saing perusahaan PMKS menerusi manfaat pembiayaan daripada dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan melalui agensinya,” ujar beliau ketika menghadiri sidang media bagi sesi taklimat khas di ibu pejabat Bank Rakyat.

etua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Muhammad Hanis Osman

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Muhammad Hanis Osman berkata, Bank Rakyat berhasrat sepenuhnya untuk melaksanakan pembangunan strategik usahawan dan koperasi dalam masa yang sama melibatkan bimbingan pakar dalam perniagaan.

‘’Kita membantu usahawan mikro dengan memberi pembiayaan dalam masa yang sama juga kita bimbing dengan latihan selain itu kami kerjasama dengan INSKEN, apabila mereka (usahawan mikro) berjaya mereka akan ke peringkat sederhana dan seterusnya memberi, jadi itulah aspirasi trasformansi yang kita harapkan’’. Jelasnya.

Dalam pada itu Bank Rakyat turut melancarkan inisiatif SUTE.RA pada tahun lalu, iaitu sebuah platform interaksi yang menghubungkan usahawan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi KerajaanProgram interaksi termasuk ‘Santai Namun Sampai’ dan kempen #asalkepompongmenjadisutera, Penasihat Koperasi dan Usahawan, Bengkel Pembiayaan Islam, Program Mentor Graduan dan Program Pembangunan Vendor juga telah memberikan impak yang besar dengan penyertaan lebih 5,300 orang peserta di seluruh negara.

Artikle Berkaitan :>

Bank Rakyat kembali penuhi impian pelanggan

Bank Rakyat perkenal perkhidmatan pembayaran zakat simpanan secara automatik

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button