EkonomiNasional

Program Jualan Keluarga diperluas seluruh Malaysia

PROGRAM Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang bermula pada 2 Disember 2021 kini telah memasuki bulan keempat pelaksanaannya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan setakat 25 Mac 2022, PJKM telah dilaksanakan di 222 buah kawasan parlimen yang melibatkan 1,274 lokasi di seluruh negara.

Keberkesanan serta kejayaan dalam pelaksanaan PJKM dapat diterjemahkan dengan sambutan menggalakkan yang diterima daripada para pengguna dimana mencatatkan anggaran pengunjung seramai 2,017,357 orang dan anggaran hasil jualan mencecah sejumlah RM38,099,131.48.

Program Jualan Keluarga Malaysia yang bermula pada 2 Disember 2021 di Parlimen Lembah Pantai telahpun diperluas ke seluruh Malaysia secara berperingkat yang melibatkan 222 kawasan Parlimen. – SM

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button