Nasional

Budak lelaki tertusuk besi di punggungnya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun tertusuk di bahagian punggung yang dilaporkan sedalam enam inci selepas cuba memanjat pagar besi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mangsa terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit sebelum anggota bomba tiba di tempat kejadian di Jalan 5, Taman Seri Sungai Besar.

“Pihak Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.25 petang, hari ini.

“Mereka tiba pada pukul 6.38 petang dan mendapati seorang budak lelaki berusia 12 tahun tersangkut pada pancang besi dari pagar.

“Mangsa dibawa masuk ke dalam ambulans dalam keadaan pancang masih melekat dan dibawa ke Hospital Sabak Bernam,” katanya.

Jurucakap itu menyatakan bahawa jiran menemui budak itu kerana ibunya tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

“Menurut maklumat jiran mangsa, dia sering dilihat bermain di atas pagar.” -SM

Baca :Selepas filem kini muncul pula teater Anwar

 

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button