Nasional

Najib gagal tangguh rayuan

MAHKAMAH Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Memetik laporan BH Online, lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu.

Ia selepas peguam utamanya, Hisyam Teh Poh Teik, mengemukakan permohonan secara lisan untuk menangguhkan prosiding rayuan berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan prosiding rayuan akhir itu bermula Khamis ini.

Ketika mengumumkan keputusan menolak penangguhan itu, Tengki Maimun berkata, Najib mengetahui tarikh prosiding rayuan akhir, tetapi memilih untuk melantik peguam baharu mewakilinya.

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button