Pembaca

Tidak mahu takbur dan riak, pempengaruh ini sorok identiti bantu golongan susah

Seorang pempengaruh media sosial yang mempunyai lebih 1.5 Juta pengikut rupanya sering memberikan bantuan kepada golongan yang kesusahan.

Namun individu yang dikenali sebagai AZ ini lebih selesa melakukan kebajikan tanpa perhatian dari orang ramai dan tidak mahu mendedahkan identitinya.

AZ yang memunpai pengikut di media sosial 1.5 juta

“Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah ini. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah. Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri daripada pelbagai perasaan takbur dan riak.

“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza,” ujarnya.

Pempengaruh yang juga usahawan itu ditemui ketika program Pengagihan Makanan Menyantuni Gelandangan di sekitar Chow Kit, pada Sabtu lalu.

Tidak mahu dedahkan identitinya AZ Pemurah ini mohon kepada mereka yang pernah dibantu ini memahami dan menghormati permitaanya supaya kekal rahsia wajahnya.


“Adakala bila saya pergi ke program-program kebajikan, saya tak pakai pelitup muka. Kadang-kadang, terjadi spontan kan. Tetapi mereka tak ambil video atau gambar pun, hormat cara saya.

“Walaupun mungkin ramai yang tertanya-tanya, saya lebih senang begini sahaja. Kalau ada yang nampak wajah saya di luar, saya minta jangan sebar atau muat naik. Alhamdulillah, mereka hormat permintaan saya,” katanya.

Walaupun sering memuat naik video-video kebajikan di media sosialnya namun AZ akui terdapat segelintir pengikutnya yang mengecam.

‘’Mungkin daripada 1,000 komen, ada satu yang kecam. Tetapi Alhamdulillah, tidak melampau dan kasar pun.

“Mungkin sebab saya sendiri tidak tunjuk identiti di media, jadi kalau nak cakap mahu perhatian jauh sekali kan.

“InsyaAllah, saya akan kekal dengan cara begini. Lebih senang,” ujarnya yang memiliki lebih 1.5 juta pengikut di TikTok.

Artikle Berkaitan :>

ADUN tercabar, minta aktivis padam kisah rakyat susah di FB

Ismail Sabri harapan bantu rakyat susah

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button