Nasional

Kolej komuniti bandar baharu ungguli FMEC 2023

FORMULA Motorsports Education Competition (FMEC) 2023 yang berlangsung di South Paddock, Sepang International Circuit (SIC) semalam menyaksikan pasukan Kolej Komuniti Bandar Baharu(KKBB) muncul juara keseluruhan kategori 135 cc yang bersaing bersama 15 pasukan lain untuk menduduki tempat pertama.

KKBB meraih hadiah wang tunai RM4,000 dan trofi, manakala tempat kedua dimenangi oleh Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (RM3,000 dan trofi) dan tempat ketiga diraih oleh pasukan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN ) Dusun Tua yang membawa pulang wang tunai RM2,000 dan trofi.

FMEC 2023 anjuran Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) , Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Sepang International Circuit (SIC) itu adalah kali kedua selepas kali pertama tahun lalu yang diadakan di Stadium Kuala Selangor yang turut menyaksikan KKBB muncul juara.

Mohd Zahari dan Md Amin bersama peserta yang menjayakan FMEC 2023 di Sepang International Circuit.

Kategori Electric Vehicle (EV) dimenangi Politeknik Muazzam Shah yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 4,000 dan UPSI menduduki tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM 3,000 dan trofi.

Kategori Time Attack 135 CC dimenangi ILP Kuala Lumpur; kedua, Kolej Komuniti Bandar Baharu dan ketiga, Kolej Vokasional Sepang. Kategori Pembentang 135cc dimenangi Kolej Komuniti Bandar Baharu;kedua , Politeknik Kota Bharu dan ketiga, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka.

Hadiah kepada pemenang disampaikan, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dr Mohd. Zahari Ismail.

Kereta yang digunakan dan bersaing di SIC.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata FMEC 2023 menjadi medan anak-anak muda universiti awam serta pusat pengajian berasaskan teknikal berkreativiti sekali gus memperlihat kemahiran membangunkan rekabentuk kereta Formula 1 yang mengujakan.

Katanya, pada tahun 2024, UPSI akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan memilih SIC akan terus dipilih sebagai gelanggang FMEC.

Tahun ini, katanya, ditambah kategori Electric Vehicle (EV) dan semoga tahun depan lebih banyak lagi penyertaan.
Sementara itu Dekan FTV, Dr. Mohd Azlan Mohammad Hussain berkata FMEC 2023 diadakan bertujuan memberi peluang pelajar kepada pelajar TVET bidang automotif di instiusi pengajian tinggi dan institute latihan kemahiran untuk berinovasi menterjemahkan pengetahuan teori dan kemahiran mereka kepada produk sebenar yang akan diuji kebelohfungsian, dan kecekapannya di litar lumba sebenar.

“Pertandingan yang mendapat sokongan dan permit keselamatan dari Motorsport Association Of Malaysia (MAM) ini melibatkan sesi pembentangan teori serta time attack di litar lumba sebenar ,” katanya.
FMEC 2023 juga terbuka di peringkat antarabangsa dan dimasukkan dan kalendar World Formula Student dan untuk pertama kalinya di Malaysia kategori EV dipertandingkan di litar lumba.

Selain itu, katanya, FMEC memberi kelainan dalam pembelajaran automotif kerana memberi cabaran kepada pelajar untuk kreatif berinovasi menghasilkan jentera yang hebat dari segi rekabentuk dan cekap mengendalikan jentera di litar.

Pasukan Kolej Komuniti Bandar Baharu pemenang keseluruhan FMEC 2023.

“Pelaksanaan berasaskan Projek Based Learning, kesemua teori-teori yang dipelajari diterjemahkan kepada projek sebenar yang diuji di litar lumba bertaraf antarabangsa, “ katanya.

Memberi peluang pelajar menguasai hubungan sistem-sistem dalam jentera automotif, melakukan kerja-kerja penalaan dan pengkoordinasian jentera automotif 135cc untuk digunakan dalam perlumbaan.
Hadir sama, Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Shahrul Affendi Baharudin. -SM

Baca : Rangka kerja Ekonomi Madani fokus tangani kos sara hidup

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button