Nasionalpilihan

7 warga asing terlibat sindiket Love Scam ditahan

POLIS menahan tujuh individu termasuk dua wanita warga asing kerana terlibat dengan sindiket Love Scam dalam serbuan di tiga buah premis di Puchong, Selangor pada 5 Oktober lalu.

Serbuan menerusi Op Tiong itu dilakukan polis dengan kolaborasi Hong Kong Police Force untuk membanteras sindiket penipuan tersebut.

Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 25 dan 40 tahun dan sindiket ini juga menyasarkan mangsa dalam kalangan rakyat tempatan serta Hong Kong.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, siasatan mendapati ahli sindiket memasuki negara sejak tiga tahun yang lalu dengan menggunakan pas pelajar.

“Ahli sindiket akan membuat akaun palsu di platform medis sosial dan menghantar permohonan menjadi rakan (friend request) kepada mangsa.

“Selepas itu, ahli sindiket akan menabur kata-kata manis serta janji palsu dengan tujuan untuk menjerat mangsa,” katanya.

Menurut Mohd Kamarudin, mangsa yang terpedaya kemudian akan diminta untuk memindahkan wang ke dalam akaun bank yang diberikan.

Selain tangkapan, pihaknya turut merampsa beberapa buah laptop, telefon bimbit, router, pasport dan sejumlah kad atm dari pelbagai bank.

“Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 9 Oktober depan untuk disisaat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(C) dan 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Kamarudin turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan gambar profil yang cantik atau tampan di media sosial.

Selain itu, orang ramai juga diingatkan supaya tidak cepat terpedaya dengan kata-kata manis atau janji yang dibuat ahli sindiket.

“Sentiasa berhati-hati dalam memilih rakan terutamanya kenalan yang dikatakan dari luar ngara.

“Jangan dedahkan nombor akaun bank dan identiti diri kepada individu yang tidak dikenali atau memasukkan wang ke dalam akaun yang tidak dikenali,” katanya. -SM

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button