Nasional

Latihan kerahan bantu kekang Covid-19, iktiraf askar wataniah -Raja Muda

LATIHAN Kerahan Untuk Berkhidmat (LKUB) oleh Tentera Darat (TDM) merupakan tindakan tepat di saat negara berusaha mengekang wabak Covid-19, titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Baginda bertitah, langkah TDM menggerakkan Rejimen Askar Wataniah di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  memberi pelbagai kesan positif.

Ini tiga Baginda, termasuklah memberikan pendedahan kepada penugasan baru anggota sukarela Askar Wataniah melalui penglibatan khidmat masyarakat bersama anggota-anggota tetap.

“Selain itu, ia merupakan salah satu usaha integrasi dan kolaborasi yang baik apabila melibatkan kerahan dalam operasi ketenteraan di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“LKUB merupakan satu eksesais yang belum pernah dilaksanakan dalam kontek membantu pihak berkuasa awam,” titah baginda.

BACA:

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah yang berpengkalan di Kem Bukit Keteri Perlis, LKUB juga adalah sebagai salah satu pengiktirafan negara terhadap tugas dan peranan yang dimainkan oleh Askar Wataniah di negara ini.

Ini apabila mereka ditugaskan sebagai barisan hadapan negara dalam salah satu tugasan yang disebut sebagai operasi ketenteraan selain daripada peperangan (MOOTW).

Baginda juga berharap agar aspek dokumentasi anggota sukarela untuk dikerahkan sebagai anggota tetap kelak akan dapat dipermudahkan, selain melihat kembali perancangan perolehan logistik kepada pasukan Askar Wataniah secara umumnya.

Raja Muda Perlis turut menzahirkan penghargaan kepada Panglima dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Panglima 2 Divisyen, Panglima 6 Briged dan Panglima 30 Briged serta Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, begitu juga Penaung dan juga Pengerusi JAKPAW Perlis di atas segala sokongan padu yang diberikan kepada pasukan baginda dan mendoakan agar para anggota sentiasa sihat dan berada di dalam keadaan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan selaras dengan kata keramat Op PENAWAR iaitu ‘Stay Healthy, Protect Yourself’. – SM

(Visited 928 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button