Rencah Hidup

Rupanya ramai wanita Kelantan kahwin kontrak dengan warga asing

Wanita Kelantan yang mempunyai kewangan kukuh, lebih memilih berkahwin dengan lelaki warga asing berbanding berkahwin dengan lelaki Malaysia yang berumur hal ini untuk mengelak stigma masyarakat dari menjadi andartu.

Malah kebayakan wanita ini menyediakan segalanya kepada suami warga asing tersebut termasuklah elaun bulanan, penginapan, kereta dan peluang perniagaan.

Difahamkan kahwin kontrak ini bukanlah sesuatu yang baru di negeri itu malah kebanyakan wanita ini mensasarkan lelaki asing yang datang ke Malaysia seperti Thailand, Bangladesh, dan Mynmar.

Menurut New Straits Times, ganjaran ini merupakan perjanjian perkahwinan kontrak mereka yang bermaksud kedua pasangan berjanji untuk kekal berkahwin dalam satu tempoh tertentu atau tidak lebih dari lima tahun.

Menerusi data imigresen pada 2022, 17,137 permohonan dibuat oleh penduduk Kelantan untuk pas lawatan sosial jangka panjang untuk pasangan asing mereka. Daripada jumlah itu, purata 12,000 pemohon adalah wanita yang memohon pas untuk suami warga asing.

Wanita Kelantan itu juga akui kebanyakan lelaki tempatan lebih suka berkahwin dengan wanita yang lebih muda berbanding lelaki warga asing yang tidak kisah selagi pasangan mereka stabil dari segi kewangan dan mempunyai peluang untuk tinggal lebih lama di Malaysia.

Artikle Berkaitan :>

Bekas pengikut parti politik zahir syukur lihat Haneesya Hanee cuba tutup aurat

(Visited 977 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button