Politik

Henti tuduh PH lelong aset TH – Mujahid

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berharap agar tuduhan kononnya aset Tabung Haji telah dijual dan dilelong di bawah pentabiran Pakatan Harapan dihentikan.

Ini berikutan jawapan bertulis Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin kepada Dewan Rakyat mengesahkan bahawa aset Tabung Haji tidak dikuasai oleh orang bukan Islam.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan terkni aset Lembaga Tabung Haji pada 30 Jun 2020 seperti yang diumumkan dalam laporan prestasi TH setengah tahun pertama 2020 adalah berjumlah RM78 bilion dengan lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak TM1.9 bilon

“Selaras dengan pelasanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH aset-aset yang kurang berdaya saing telah dipindahkan kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (USJB) yang dimiliki penuh oleh Kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan. Oleh yang demikian TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin menjawab soalan yang dikemukakan oleh Mujahid selaku Ahli Parlimen Parit Buntar. Dalam soalannya, Mujahid meminta Minta Perdana Menteri menyatakan kedudukan aset terkini Tabung Haji.

Beliau juga bertanya, adakah benar kerajaan Pakatan Harapan telah menjual banyak aset Tabung Haji dan membiarkan Tabung Haji dikuasai oleh orang bukan Islam.

“Soalan saya kelmarin dapat jawapan dah. Ini jawapan dari kerajaan Perikatan Nasional hari ini.

“Harap berhenti daripada fitnah aset Tabung Haji dijual dilelong…bla bla… Ingat Fakta tak akan berbohong! Fitnah memang pembohongan!” kata Mujahid.

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendesak agar Kerajaan menubuhkan Suruhjaya Siasatan Diraja berkaitan penjualan aset Tabung Haji.’

Menurut bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, laporan The Edge Daily pada 21 Mac lalu mendedahkan bagaimana UJSB telahpun melupus 13 saham yang asalnya milik Tabung Haji ketika harga pasaran berada pada paras yang sangat rendah.

“Sebagai contohnya, 28.48 juta unit saham Icon Offshore Bhd yang didagangkan pada harga purata 25.6 sen pada tahun 2019, telah dilupuskan pada awal Mac 2020 ketika harganya berada pada paras 6.5 sen sahaja

“Siapakah yang telah memberi izin penjualan saham-saham ini sedangkan kerajaan Perikatan Nasional masih belum terbentuk pada ketika itu?

“Begitu juga, bukankah kekanda melalui surat TH bertarikh 3 Disember 2019 telah mempersetujui agar TH melepaskan “First Right of Refusal” yang membolehkan UJSB menjual 18 aset hartanah milik asal Tabung Haji kepada pihak ketiga?” kata Asyraf Wajdi.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, Lembaga Tabung Haji mengumumkan meraih pendapatan pelaburan sebanyak RM1.55 bilion dalam tempoh separuh pertama tahun pertama tahun ini

Pelaburan aset pendapatan tetap menyumbang sebanyak RM1 bilion iaitu 65 peratus dari jumlah pendapatan pelaburan TH bagi tempoh Januari hingga 30 Jun 2020.

Menurut TH, pelaburan hartanah telah menjana pendapatan RM204.57 juta, manakala pelaburan instrumen pasaran wang Islam menyumbang sebanyak RM187.13 juta dan RM150.27 juta pula daripada pelaburan ekuiti.

“Peningkatan pendapatan ini telah menghasilkan keuntungan bersih sebanyak RM1.25 bilion berbanding RM849.66 juta pada tempoh enam bulan yang sama pada 2019.

“Jumlah aset TH juga melebihi liabiliti sebanyak RM1.86 bilion pada 30 Jun 2020,” kata kenyataan itu.-SM

 

 

 

(Visited 361 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button