Nasional

Kerajaan pertimbang RM1.1 bilion tambahan untuk tangani COVID-19 di Lembah Klang

Kerajaan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan RM1.1 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menangani wabak COVID-19 di Lembah Klang, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata jumlah itu telah dipohon oleh Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley di bawah KKM, dan Kementerian Kewangan telah diminta untuk mempercepatkan kelulusan tersebut.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, beliau secara dasarnya bersetuju dengan permintaan Pasukan terbabit, yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Chong Chee Kheong.
“Secara dasarnya saya bersetuju dengan permohonan dana yang dikemukakan KSU KKM, dan mengarahkan ia dibincangkan dengan Perbendaharaan agar perolehan berperingkat dapat dilakukan segera,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai membuat lawatan mengejut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) , di Klang hari ini. – AWANI
(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button