Parlimen

Sarawak tertinggi kes palsukan sijil vaksinasi

SARAWAK menjadi negeri tertinggi mempunyai kes berkaitan memalsukan sijil vaksinasi. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, Sarawak mempunyai empat kes yang telah didakwa ke mahkamah. Negeri lain  Melaka (dua), Sabah (dua), Kelantan (1) dan Perak (satu).

Menurutnya seorang individu sudah dijatuhi hukuman penjara manakala sembilan yang lain dituduh di mahkamah.

“Seorang individu yang didapati bersalah adalah di Sarawak, di mana mahkamah sudah memberikan sabitan dengan hukuman penjara,” katanya pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (Pas-Setiu) mengenai jumlah individu dikenakan tindakan kerana memalsukan sijil suntikan vaksin serta adakah bercadang menggunakan mekanisme tandatangan digital.-SM

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button