Pembaca

DXN bantu proses perkembangan kanak-kanak

Jenama makanan tambahan, DXN mengadakan satu sesi perkongsian santai dalam perkembangan potensi terhadap tumbesaran kanak-kanak.

Dalam perkongsian itu, tiga keluarga berkongsi cara membesarkan anak-anak mereka termasuk cabaran, kenangan, kekangan dan halangan mengikut keadaan masing-masing.

Yang menariknya, sesi perkongsian ini terdapat tiga orang kanak-kanak yang berlainan yang mempunyai keunikan tersendiri.

Seorang nenek, Yushida, berkongsi masalah cucunya Iris Mikayla yang kini berusia lima tahun, mempunyai eczema yang kronik sejak dilahirkan namun kini beransur pulih selepas mengamalkan makanan tambahan dari DXN iaitu Spriluna yang membantu untuk mencantikkan kulit.

Iris Mikayla, mempunyai masalah eczema dari bayi, kini denganbantuan produk DXN masalah kulitnya semakin pulih

‘’Sebelum ini sudah pelbagai produk yang saya cuba di pasaran namun tidak menjadi. Jadi, saya berani berikan Spriluna kepada cucu kerana produknya mengandungi nutrisi tambahan dan  ia merupakan dari bahan semulajadi.

“Memang bukan mudah kerana rawatan secara alami mengambil masa yang agak panjang, ibu bapa atau penjaga anak ekzema perlu banyak bersabar dan jangan berhenti untuk mendapatkan rawatan.

“Ekzema ada pelbagai jenis dan setiap orang berbeza-beza kaedah rawatannya. Paling penting harus memastikan kulit sentiasa lembab supaya tidak berasa gatal,” kongsi Yusnida.

Ibu kepada kanak-kanak autism, Haryati, 38, yang merupakan seorang wartawan memberitahu, dunianya terasa begitu gelap apabila anak lelakinya , Muhammad Hayyan Hazrel Ezriq disahkan doktor mempunyai masalah mild autism ketika berusia tiga tahun.

Muhammad Hayyan Hazrel Ezriq, kanak-kanak Mild Autism, dengan bantuan DXN hayyan menujukkan perubahan yang drastik semasa belajar di kelas.

“Tipulah saya dan suami tidak bersedih tetapi seminggu sahaja kami dalam keadaan itu. Selepas itu kami terus mengatur apakah tindakan yang harus diambil.

“Mengikut saranan doktor saya terus melakukan terapi pertuturan dan terapi cara kerja kerana ketika Hayyan berusia tiga tahun, dia langsung tidak bercakap sebaliknya hanya menunjuk jika inginkan sesuatu,” ujar beliau.

Bukan itu sahaja, kata Haryati, selain rawatan dan terapi di hospital swasta dan kerajaan, beliau juga mencuba pelbagai kaedah rawatan alternatif seperti urutan dan pengambilan supplemen.

“Urutan khas untuk kanak-kanak seperti Hayyan membantu untuk dia lebih bertenang dan mudah untuk bertutur.

“Saya juga memberi Hayyan supplemen seperti Spirulina, Ganocelium (GL) dan minyak kelapa dara  keluaran DXN untuk membantunya lebih fokus ketika belajar. Selepas enam bulan pengambilannya memang nampak perubahan apabila dia lebih seronok untuk ke sekolah dan mudah menerima apa yang dipelajari,” kata Haryati.

Haryati juga turut berkongsi tentang perkembangan anaknya itu selepas membuahkan hasil selama 6 bulan yang mana Hayyan yang kini berusia 4 tahun, sudah mula pandai bercakap, membaca dan mengira dengan lebih laju berbanding kanak-kanak normal yang lain.

Sebagai ibu yang memiliki anak mild autism, Haryati menggesa ibubapa yang berhadapan dengan situasi yang sama sepertinya agar segera membawa anak berjumpa doktor jika anak mereka mempunyai perkembangan yang lewat seperti pertuturan.

Turut berkongsi kisah ialah Siti Zaleha Mat Yusuf, ibu kepada Aish Arissa Maryam Shaiful Azli atau mesra disapa Maryam yang berusia 10 tahun dan dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar.

Kanak-kanak pintar, Aish Arissa Maryam Shaiful Azli, pretasi Maryam semakin meningkat dengan bantuan DXN

Maryam merupakan penari di Jabatan Kesenian Negeri Sembilan (JKNS) dan penari tarian singa selain berkebolehan bermain piano.

“Sebagai ibu, saya tidak pernah memaksanya untuk membaca buku atau melakukan sebarang aktiviti sebaliknya semua itu adalah atas kemahuannya sendiri.

“Saya hanya menyokong apa sahaja minat anak dan memberinya peluang sehabis baik. Paling penting adalah cara membahagikan masa antara pelajaran dan aktiviti sukan serta muzik,” kata Siti Zaleha.

Kesemua mereka berkongsi pengalaman masing-masing dalam sesi sembang santai Superkids Sharing Session yang diadakan di DXN Cyberville, Cyberjaya, baru-baru ini.

Mereka turut berkongsi menggunakan supplement DXN iaitu Spirulina, Ganocelium (GLand Reishi Gano (RG) yang diamalkan secara rutin oleh anak-anak berkenaan. – SM

Artikle Berkaitan :>

Produk herba Andro G pengganti ubat tahan sakit

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button