Nasional

Jangan berdramalah Menteri Wilayah – Wira Putra

Wira Putra menggesa kerajaan mewujudkan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) kebajikan jika tak mampu memenuhi tugas sebagai wakil rakyat.

Ketua Pergerakan Wira Putra Malaysia, Nasrul Ali Hassan Abdul Latif berkata, kenyataan Menteri Wilayah sebelum ini seperti ayat drama bersifat populis.

“Benar tugas NGO dan kerajaan tak sama, jadi apa guna kerajaan bayar gaji hingga puluhan ribu dari Pengarah hingga ke Menteri tetapi isu rakyat di bawah masih ada yang belum selesai?

“Takkan hanya sekadar hadiri mesyuarat atas talian, buat tinjauan dan meluluskan aktiviti bulanan sahaja? Siapa yang mengatur untuk buat kajian dan gerak kerja strategik mengenal pasti masalah rakyat?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nasrul Ali, dia turut mempertikai apa yang dilakukan pemimpin sepanjang PKP apatah lagi ketika ini Parlimen tidak bersidang.

Ujarnya, terlalu ramai yang masih hidup dalam kesusahan terutamanya di ibu kota.

“Takkan kerajaan sekadar buat program one off sahaja seperti tahun lepas kemudian apa nasib mereka selepas itu.

“Dengan keadaan semasa makin menyukarkan mereka, tak mustahil ramai dari kelompok mudah miskin akan menjadi gelandangan,” jelasnya.

Katanya lagi, aktivitis seperti Ebit Lew dan yayasan kebajikan lain yang banyak membantu tetapi apakah inisiatif kerajaan dalam menghargai dan menggalakkan gerakan amal ini?

Jelasnya, apakah model kerajaan dalam usaha menyatukan usaha murni kumpulan berjiwa besar ini dalam memastikan usaha kerajaan membantu golongan memerlukan, menyampaikan dakwah berjaya dilaksanakan?

“Kami minta Menteri Wilayah dan wakil-wakil rakyat cukuplah berdrama dan bersandiwara dikala krisis yang melanda.

“Dengan kuasa yang ada tetapi tak mampu melaksanakan sepenuhnya ini, wajar menteri satukan NGO kebajikan dari lama ke baru dan salurkan dana, barangan dan sebagainya bagi mereka membantu golongan memerlukan di seluruh negara.

“Jangan sekadar beri laluan kepada NGO kroni sahaja, banyak lagi NGO dan aktivis diluar sana sanggup masuk ke ceruk kampung atau pedalaman, mencari keluarga miskin bandar dan gelandangan bagi membantu mereka sekadar semampunya,” jelasnya. -SM

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button