Ekonomi

TH catat pendapatan pelaburan RM1.55b pada separuh pertama 2020

PENDAPATAN pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh setengah tahun pertama 2020 adalah sebanyakn sebanyak RM1.55 bilion.

Pendapatan itu disokong oleh pelaburan di pasaran sukuk dan saham.

Daripada jumlah itu kata TH, pelaburan aset pendapatan tetap menyumbang sebanyak RM1 bilion atau 65 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburannya bagi tempoh Januari hingga 30 Jun, 2020.

“Pelaburan hartanah telah menjana pendapatan RM204.57 juta, manakala pelaburan instrumen pasaran wang Islam menyumbang sebanyak RM187.13 juta dan RM150.27 juta pula daripada pelaburan ekuiti,” kata TH dalam satu kenyataan hari ini.

Ppeningkatan pendapatan itu menurut TH, telah menghasilkan keuntungan bersih sebanyak RM1.25 bilion berbanding RM849.66 juta pada tempoh enam bulan yang sama pada 2019.

Malah, jumlah aset TH juga melebihi liabiliti sebanyak RM1.86 bilion pada 30 Jun, 2020, katanya.

Pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif  TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff  berkata, sebagai sebuah institusi pengurusan haji dan pelaburan yang aktif di pasaran kewangan, TH turut terkesan dengan kesan pandemik  Covid-19.

“Kesan besar dari wabak Covid-19 ke atas ekonomi dunia dan negara telah menjadi cabaran yang paling utama bagi TH dalam menguruskan pelaburannya demi melindungi kepentingan pendeposit.

“TH juga telah mengambil langkah untuk mengenal pasti kesan Covid-19 ke atas pelaburan melalui pemantauan berkala. Dari segi operasi pula, TH perlu menjadi lebih cekap dengan menambah baik perkhidmatan dan mengurangkan kos,” katanya.

TH, kata beliau, sedang membuat persediaan menghadapi pengurusan ibadah haji yang lebih mencabar pada tahun hadapan, berikutan penangguhan  haji musim 1441H/2020M, termasuk menangani cabaran-cabaran baharu seperti penyampaian perkhidmatan yang mengambil kira situasi pandemik itu.

Setakat 30 Jun, 2020, jumlah deposit meningkat kepada RM73.86 bilion berbanding RM69.42 bilion pada 31 Dis, 2019, dengan lebih 123,000 akaun simpanan baharu telah dibuka pada separuh pertama 2020.

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button