Politik

PRN Melaka tamat, peratusan rendah, keputusan bila-bila masa

Pilihan Raya Negeri Melaka berakhir pada pukul 5.30 petang selepas 217 pusat pengundian dibuka pada pukul 8.00 pagi tadi.

Sehingga pukul 4.00 petang, data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan bilangan yang keluar mengundi adalah rendah iaitu hanya 61 peratus sahaja. SPR akan mengumumkan peratus keseluruan malam ini.

PRN Melaka membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi ikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 112 calon bertanding dengan 90 calon adalah daripada lima parti politik.
22 calon Bebas.

BN, PN dan PH meletakkan 28 calon di semua kerusi. Lain-lain parti yang turut bertanding adalah Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang meletakkan lima calon dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) meletakkan seorang calon.-SM

(Visited 408 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button