Nasional

Tablet untuk pelajar ni hadiah ke pinjam-Syed Saddiq

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan sama ada komputer tablet akan diberikan sebagai hadiah atau pinjaman kepada pelajar universiti berpendapatan rendah.

“Saya fikir mereka memberikan komputer riba tetapi nampaknya mereka hanya meminjamkannya,” kata Syed Saddiq di Twitter.

“Ia bukan hadiah, tetapi pinjaman. Pelajar dan ibu bapa keliru. Kerajaan perlu telus demi pendidikan pelajar,” kata Syed Saddiq, yang merupakan presiden parti Muda berasaskan belia,” katanya lagi.

Dalam belanjawan persekutuan 2022 yang diumumkan pada November, kerajaan telah berjanji untuk membekalkan komputer tablet kepada pelajar daripada kumpulan berpendapatan rendah B40. Kira-kira 400,000 dijangka mendapat manfaat.

Annuar semalam berkata, tablet itu yang dijangka diedarkan pada minggu kedua Jun ini, mesti dipulangkan sebaik pelajar menamatkan pengajian.

Pada Khamis, beliau berkata, butiran skim itu akan diumumkan selepas kementerian kewangan memuktamadkan perolehan peralatan itu. Beliau berkata proses tender akan selesai minggu depan.

“Apa pun, semua persoalan yang timbul sememangnya dalam pertimbangan,” katanya. – SM

(Visited 447 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button