Nasional

PKPB: 165 kes libatkan kesalahan gagal rekod butiran pelanggan

SEBANYAK 553 individu ditahan semalam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) dengan kesalahan tertinggi melibatkan kegagalan menyediakan peralatan dan merekod butiran pelanggan iaitu sebanyak 165 kes.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, angka tersebut adalah yang tertinggi melibatkan pemilik premis perniagaan yang gagal mematuhi arahan SOP.

“Selain itu, kesalahan lain yang dikesan ialah tidak memakai pelitup muka (153), tiada penjarakan fizikal (87), premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran (37) dan aktiviti di pusat hiburan (18).

“Daripada jumlah keseluruhan kes, 532 individu telah dikenakan tindakan kompaun manakala 21 lagi ditahan reman,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Jelasnya, orang ramai juga dinasihatkan supaya terus mengikut SOP yang ditetapkan untuk mengelak dikenakan tindakan.

Tambahnya, polis menerusi Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP ditetapkan. -SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button