Hiburan

Syura Badron kembali bergelar ibu selepas 12 tahun

SELEPAS 12 tahun melahirkan anak bongsu hasil perkahwinan terdahulu, Syura Badron kini bergelar ibu baharu semula.

Dalam kiriman Instagramnya semalam yang dikongsi suaminya, Muhammad Farizat Ismail, 28, dia mengumumkan isterinya, artis berusia 36 tahun itu selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Umar Eussof pada Isnin, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi seberat 2.5kg pada 13 Mac lalu.

“Bayi itu disambut oleh Dr Tokha Muhammad (di hospital swasta di Johor),” tulisnya.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Januari tahun lalu. Syura mempunyai tiga lagi anak hasil perkahwinan terdahulu.

Mereka ialah Nurul Diana Irdani, 16; Nurul Qaisara Sofia, 14; dan Muhammad Irfan Aryan, 12. -SM

 

(Visited 367 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button