Politik

Syed Sadiq Dan Keberanian – Marzuki Mohamad

Ramai yang memperli Syed Sadiq kerana gambar ini. Kononnya dia pengecut.

Let me tell you something. Ketika zaman awal perjuangan menentang rejim kleptokrasi, saya diminta oleh Tan Sri Muhyiddin untuk mendekati beberapa orang tokoh muda. Antara yang paling awal saya temui ialah Syed Sadiq. Saya nyatakan kepada beliau hasrat Tan Sri Muhyiddin supaya beliau menyertai perjuangan membebaskan negara daripada belenggu kleptokrat.

Pada masa yang sama, untuk berlaku adil kepada anak muda ini saya juga peringatkan risiko yang bakal beliau tanggung. Maklumlah kerajaan BN pada ketika itu amat berkuasa dan macam-macam perkara boleh dibuat untuk menekan dissenting voices.

Beliau pula anak muda yang pintar, berbakat dan pastinya mempunyai masa depan yang amat cerah. Beliau pada ketika itu telah ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka di UK di samping beberapa tawaran pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Menyertai perjuangan menentang rejim kleptokrasi bermakna beliau terpaksa melupakan segala tawaran ini dan melangkah ke satu alam yang penuh risiko, tidak menentu dan tidak menjanjikan apa-apa.

Anda tahu apa jawapan Syed Sadiq? Dia berkata, “Yes Sir, I’m ready to be part of the struggle”. Jawapannya begitu spontan tanpa meminta sedikitpun masa untuk memikirkannya. Yakin, berani dan bersemangat.

Selepas itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi. Banyak rintangan, dugaan dan tekanan yang dihadapi. Tetapi Allah Maha Berkuasa. Berkat istiqamah dalam perjuangan, beliau menjadi Menteri paling muda dalam sejarah negara. Saya yakin beliau mempunyai masa depan yang cerah.

Jadi kepada mereka yang memperleceh Syed Sadiq, let me tell you something. He had balls when you didn’t!

Marzuki Mohamad
2 Feb 2020

(Visited 996 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button