Mahkamah

Syed Saddiq tiba di mahkamah untuk pendakwaan kes

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai lebih RM1 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Khamis.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Syed Saddiq yang memakai sut hitam tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9 pagi dan kelihatan tenang.

Ahli Parlimen Muar itu diiringi peguamnya, Haijan Omar dan Gobind Singh Deo.

Hadir sama, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.


Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, Syed Saddiq bakal berdepan dua pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah.

Mengikut sumber, ia dikatakan meliputi jumlah keseluruhan penyelewengan sebanyak RM1.12 juta milik sebuah parti politik ketika beliau menjawat jawatan sebagai ketua pemuda.

Selain di Kuala Lumpur, beliau berkata, Syed Saddiq juga akan didakwa di mahkamah sama di Johor Bahru di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Katanya, siasatan dibuat sejak Jun tahun lalu selepas aduan diterima berhubung kehilangan wang RM250,000 dalam simpanannya.

(Visited 32 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button