Politik

Syed Saddiq sebut calon PH sebagai ‘arwah’ Haji Karmaine

KUALA LUMPUR – Satu klip video ceramah Menteri Belia dan Sukan Syed Saqqid Syed Abdul Rahman menyebut calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini sebagai arwah tular di media sosial.

Klip video kurang satu minit Ketua Armada Bersatu itu didakwa dirakam dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai malam tadi.

“Arwah Haji Karmaine dia merupakan imam masjid saya dahulu. Imam di sana. Boleh tanya keluarga saya. Saya rasa orang taman Perling memang mengenali beliau,” kata Syed Saddiq.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wadji Dusuki yang turut berkongsi klip video berkenaan berkata, adalah terlalu awal untuk Syed Saddiq ‘mengarwahkan’ calon parti sendiri.

“Awal sangat meng’arwah’kan calon sendiri tu adikku Syed Saddiq Syed Abdul Rahman! Betullah Haji Karmain tu bukanlah #youthpower sebagaimana yang adik mahukan.

“Cuma sedikit terkilan dengan isu kandungan ucapan adikku Syed Saddiq semalam di Tenggayun Tanjung Piai yang sarat dengan fitnah dan tohmah sedangkan kalian sudah menjadi kerajaan,” kata Asyraf Wajdi.

Menurut beliau, ucapan Syed Saddiq sepatutnya memberi fokus mengenai cara bagaimana PH mahu tunaikan segala janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum lalu berbanding terus mengecam kerajaan lepas.

Asyraf Wajdi turut memberi lima cadangan isi ucapan yang patut Syed Saddiq fokuskan dalam siri kempen di PRK Tanjung Piai antaranya termasuklah bila kerajaan PH mahu memperkenalkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti.

Selain itu Syed Saddiq mungkin boleh memberi fokus bila kerajaan mahu memberikan belia menonton perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris (EPL) secara percuma di saluran TV tempatan.

“Jangan lupa juga untuk minta maaf kepada calon PH Haji Karmain kerana tak pasal-pasal diarwahkan!” kata Asyraf Wajdi.- SM

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button