Nasionalpilihan

Ocean Infinity tawar sambung khidmat kesan MH370

SYARIKAT peninjau laut dalam, Ocean Infinity semalam kembali menawarkan khidmat mereka mencari bangkai pesawat MH370 yang hilang sejak 2014.

Tawaran itu dibuat kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong ketika beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Infinity, Oliver Plunket dan wakil waris mangsa pesawat malang berkenaan di Putrajaya, semalam.

Dalam pertemuan itu, Plunket turut memberikan taklimat mengenai kemaskini dan kemajuan syarikat berkenaan terutamanya dalam bidang teknologi robotik marin berbanding lima tahun lepas.

Kata Ka Siong, tawaran tersebut diutarakan oleh Plunket yang menambah, “bayaran hanya akan dibuat sekiranya bangkai pesawat itu berjaya ditemukan.”

Berikutan itu, pihak kementerian akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran tersebut daripada pihak Ocean Infinity sebelum ia dibentangkan kepada kerajaan Australia dan China.

Untuk rekod, Ocean Infinity telah mengemukakan tawaran yang sama sebelum ini, dengan operasi pencarian ditamatkan pada Jun 2018.

Artikel berkaitan > Selepas 8 tahun, Malaysia akan meneruskan usaha kesan pesawat MH370

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button