Politik

Syed Saddiq pilih untuk tidak bertekak

MENGHORMATI Kerabat Diraja Johor itulah menjadi pilihan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Daripada melenting dengan kenyataan yang dikeluarkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam media sosialnya, beliau bertindak mengambil jalan damai.

Justeru, beliau dilihat menyambut baik sumbangan yang diberikan oleh Tunku Ismail terhadap penduduk di Parlimen Muar.

Tindakan tersebut juga seperti memperlihatkan dua sosok memberi perhatian kepada penduduk Muar.

“Sebagai anak jati kelahiran Johor, membesar di Johor dan bersekolah di Johor, patik terhutang budi kepada Tunku dan keluarga.”

Kata Syed Saddiq membalas status media sosial Tunku Ismail hari ini.

Dalam pada itu Syed Saddiq juga meminta maaf kepada Tunku Ismail sekiranya aktiviti ataupun program mengenai cabaran membotakkan kepala bagi mengumpul dana sebanyak RM200,000 secara ‘crowd funding’.

Dana tersebut dilapor akan dibelajakan untuk membeli laptop bagi disumbangkan kepada 100 keluarga.

Susulan itu, Tunku Ismail dalam media sosialnya bertitah sudahpun memberikan sumbangan bernilai RM300,000 kepada anak yatim di Muar.

Namun, baginda dilihat seperti memberi teguran kepada Syed Saddiq supaya tidak perlu menggunakan duit rakyat.

“Tak payah nak curi duit rakyat dan masih ada kes dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), tak payah nak menipu, tak payah nak berlakon dan tak payah nak botakkan kepala.

“Cukup-cukuplah mengguna Orang Muo (Muar) demi kepentingan peribadi. Lagi lagi apabila awak tu orang Arab Singapura bukan orang Johor,” titahnya.

Bagaimanapun, Syed Saddiq dalam rakaman video yang dimuat naik dalam media sosialnya pula meminta maaf sekiranya menyinggung perasaan Tunku Ismail.

“Sebagai manusia biasa, patik tak terlepas dari membuat kesilapan, patik ambil kesempatan untuk memohon ampun sekiranya jika ada tersinggung perasaan Tunku dan keluarga,” katanya. – SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button