Nasional

Pemilik MR DIY antara orang terkaya di Malaysia, dalam senarai jutawan Forbes

DUA Beradik pemilik Kumpulan Mr. DIY merupakan antara orang terkaya di Malaysia dan mereka merupaklan antara empat orang yang buat pertama kali tersenarai dalam senarai jutawan Forbes.

Adik beradik Tan dari MR DIY Group (M) Bhd, Tan Sri G Gnanalingam dari Westports Holdings Bhd dan pengasas dan CEO Greatech Technology Bhd Tan Eng Kee merupakan entri baharu dari Malaysia dalam senarai tersebut.

Dalam senarai tahunan jutawan dunia Forbes ke-35, dua bersaudara Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei membuat kemasukan buat kelai pertama dengan anggaran nilai kekayaan bersih masing-masing AS$ 1.8 bilion dan AS$1.1 bilion.

Kekayaan dua beradik itu melambung tinggi berikutan tawaran penyenaraian MR DIY di Bursa Malaysia pada Oktober tahun lalu dengan modal pasaran meningkat sebanyak RM10 bilion setelah disenaraikan.

Gnanalingam masuk dalam senarai dengan anggaran nilai kekayaan bersih AS$ 1.7 bilion sementara Tan Eng Kee menjadi salah seorang jutawan dunia dengan anggaran nilai kekayaan bersih AS$ 1.1 bilion.

Sementara itu, Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong terus menduduki tempat teratas senarai jutawan Malaysia dengan anggaran nilai bersih AS$ 9.7 bilion.

Jutawan lain di Malaysia termasuk Ananda Krishnan dengan nilai bersih AS$5.8bil, Tan Sri Teh Hong Piow Public Bank (AS$5.7bil), Lim Wee Chai dari Top Glove (AS$3.5bil) dan Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting (AS$2.7bil).

Di peringkat global, Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Jeff Bezos kekal sebagai orang terkaya di dunia dengan nilai bersih AS$177 bilion.

Ini diikuti oleh pemilik Tesla, Elon Musk (US$151 bilion), peruncit mewah Bernard Arnault dan keluarga LVMH (AS$150 bilion) dan Bill Gates Microsoft (AS$124 bilion).

Mark Zuckerberg, pengasas Facebook, mengungguli lima teratas dengan AS$97 bilion.

Tahun ini kali pertama Warren Buffet tidak termasuk dalam The Top 5, setelah merosot lebih rendah ke tempat keenam.

Terdapat 2,755 bilionair yang mencatat rekod dalam senarai, termasuk 493 pendatang baru walaupun dunia sedang dilanda pandemik Covid-19.

Dalam senarai itu, jumlah jutawan wanita meningkat kepada 328 orang, meningkat daripada 241 pada tahun 2020.

“Ini adalah pertama kalinya gabungan nilai miliaran dunia menjadi dua trilion digit.

“Langkah di mana kekayaan besar telah diciptakan sangat mengejutkan,” kata Kerry A Dolan, penolong editor pengurusan Wealth dalam satu kenyataan.

Jutawan Forbes mempunyai nilai bersih gabungan AS$13.1 trilion, meningkat daripada AS$8 trilion dalam senarai 2020

(Visited 2,174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button