Politik

Syed Saddiq Kongsi Ajaran Sesat Mengenai Tender Kerajaan & Peranti Siswa!

Siapa sangka bagi seseorang yang pernah bergelar menteri di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Syed Saddiq Abdul Rahman langsung tidak tahu wujudnya prosedur operasi standard (SOP) mengenai perjalanan sesuatu tender kerajaan.

Dalam sebuah video yang sengaja ditularkan menerusi laman TikToknya baru-baru ini, Syed Saddiq dilihat begitu bernafsu mempersoalkan apakah jenama laptop yang kerajaan janji mahu serahkan kepada rakyat yang layak.

Ia adalah berkenaan PerantiSiswa yang dibuka permohonannya mulai 15 April lalu di bawah peruntukan RM450 juta membabitkan tempahan sebanyak 350,000 unit dan terdahulu ia dimaklumkan akan diserahkan bermula pertengahan Jun ini.

Namun disebabkan wujud masalah tender dan tender dibuka semula, kerajaan menjangkakan sebelum pertengahan Jun, pemilihan tender dapat diselesaikan dan diputuskan, sekali gus pada bulan Julai kita akan mula mengagihkan tablet kepada pelajar.

Jika dikenang kembali, sejak dari dulu kini dan selamanya, tender sesuatu permohonan itu haruslah berlandaskan spesifikasi barang dan bukannya jenama.

Namun tindakan Syed Saddiq yang mendesak kerajaan mendedahkan apa jenama laptop itu adalah satu ajaran sesat dan berapa juta rakyat Malaysia tidak tahu mengenai SOP tender ini akan termakan dakyah itu?

Sudah pasti ramai yang menyeleweng dan dikhuatiri selepas ini, kalau kerajaan umum mahu berikan telefon pintar, semua pakat minta model iPhone, kalau kerajaan umum sebut mahu sumbang laptop atau komputer, semua pakat desak mahukan jenama Mac.

Adakah perkara ini yang Syed Saddiq mahu doktrinkan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi muda? Jika benar, pasti kita akan mendengar lebih ramai generasi muda juga mengeluh mengapa kerajaan makan cukai dan duit rakyat. Ke situ pulak!

(Visited 468 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button