Politik

Syed Saddiq kesal ucapannya hanya 10 saat diberi perhatian

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kesal dengan pihak lawan yang hanya memberi tumpuan kepada 10 saat daripada keseluruhan 30 minit ucapan beliau.

Kekesalan yang dinyatakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan itu mungkin berkaitan video tular hari ini berdurasi kira-kira 10 saat yang memaparkan beliau ‘mengarwahkan’ calon PH bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, Karmaine Sardini malam tadi.

“30 minit saya berucap soal dasar negara, 10 saat sahaja yang pihak lawan dengar. Jangan nak cuba tukar isu,” kata Syed Saddiq dalam Facebooknya hari ini.

Satu klip video ceramah Syed Saqqid menyebut calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini sebagai arwah tular di media sosial.

Klip video itu dirakam dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai malam tadi.

“Arwah Haji Karmaine dia merupakan imam masjid saya dahulu. Imam di sana. Boleh tanya keluarga saya. Saya rasa orang taman Perling memang mengenali beliau,” kata Syed Saddiq dalam ceramahnya itu.

Dalam hantaran yang sama di Facebooknya, Syed Saddiq mahu parti lawan menjawab beberapa persoalan yang dilontar beliau.

Antaranya Syed Saddiq bertanya, kalau betul kerajaan Pakatan Harapan anti Melayu mengapa peruntukkan Bumiputera dinaikkan ke RM8 bilion.

Syed Saddiq juga mempersoalkan mengapa kerajaan PH terpaksa menyelamatkan Feldadan Tabung Haji dengan suntikan RM24 bilion untuk memulihkan kerosakan zaman Barisan Nasional.

Beliau juga mahu parti lawan menjawab persoalan jika betul kerajaan PH anti-Islam mengapa peruntukkan Islam dinaikkan ke RM1.2 bilion.

“Lawan saya dengan hujah. Tidak perlu nak gunakan “boogeyman” DAP sebagai perisai kepada rasuah kamu!

“Saya anak muda Malaysia. Saya orang Melayu. Saya benci pemimpin Melayu yang makan duit rakyat dan gunakan perkauman untuk melindungi kesalahan diri sendiri,” kata Syed Saddiq.-SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button