Nasional

Syed Saddiq kekal dengan pengakuan tidak bersalah

BEKAS Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000, tiga tahun lepas.

Syed Saddiq, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan semula di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Memetik leporan BH Online, pada 5 Ogos lalu, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Sesyen di sini.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, beliau didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button