Hiburan

Syed Saddiq gelar anak Bella, Ayden ”Iron Kid” Malaysia

NAMA Ayden Adrean, anak kepada selebriti Bella Astillah, sekali lagi jadi tumpuan ramai di media sosial. Kali ini, bukan sebab kontroversi – tapi kerana gelagat comelnya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman!

Dalam satu acara baru-baru ini, Syed Saddiq sempat meluangkan masa bersama Ayden dan memuat naik beberapa foto mereka berdua di Instagram. Yang paling menarik perhatian — gelaran “Iron Kid” yang diberikan kepada Ayden!

“Bakal jadi Iron Kid Malaysia,” tulis Saddiq sambil mendoakan agar Ayden membesar jadi anak yang hebat dan berani memperjuangkan kebenaran.

Ini bukan kali pertama Ayden dan Syed Saddiq mencuri perhatian netizen. Sebelum ni pun pernah tular video mereka berdua dan ramai yang perasan gaya Ayden bercakap macam mini Saddiq!

“Dia ni Saddiq Junior ke?” seloroh netizen di ruangan komen.
“Comel sangat, petah bercakap. Nampak berani dan matang,” puji seorang pengguna Instagram.

Ramai juga kagum dengan pendekatan Saddiq yang begitu mesra dengan kanak-kanak, jauh dari gaya politikus ‘skema’ yang kita selalu tengok.

Kemesraan yang ditunjukkan oleh Syed Saddiq terhadap Ayden dan Bella Astillah telah mencetuskan pelbagai reaksi positif daripada netizen, yang mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga

Apa pun, Ayden memang ada daya tarikan tersendiri. Dengan kecomelan dan keberaniannya, tak mustahil satu hari nanti dia benar-benar jadi ‘Iron Kid’ yang membanggakan!.

Artikle Berkaitan:>

Ramai Doakan Jodoh Syed Saddiq dan Bella Astillah – ‘’Kami Serahkan Pada Takdir”

“Jangan keterlaluan sehingga menjadi tajuk berita gosip”-Syerleena tegur Syed Saddiq

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button