
Syed Saddiq Bacakan Puisi Buat Ibu Bella
AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tampil membacakan sebuah puisi menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran ibu kepada penyanyi Bella Astillah, iaitu Siti Zarina.
Acara yang berlangsung pada malam Selasa itu menyaksikan Saddiq menyampaikan bait-bait puitis sebagai tanda penghargaan kepada wanita yang melahirkan Bella, menyifatkan Zarina sebagai “wanita besi versi original” kerana berjaya membesarkan anak-anak menjadi insan berguna.
Antara bait puisi yang dikongsi Saddiq ialah:
“Daripada siang yang terang hingga malam yang gelita…
Kamu juga menjadikan dunia Bella lebih bercahaya.”
Ucapan penuh emosi itu dikongsikan menerusi media sosial dan segera menjadi tular, dengan ramai netizen tersentuh melihat penghormatan yang diberikan Saddiq kepada ibu kekasihnya.
“Ini Baru Untuk Ibu, Bayangkan Kalau Majlis Kahwin Nanti…”
Rata-rata warganet melontarkan pujian terhadap keperibadian Saddiq, menyifatkannya sebagai lelaki yang budiman dan menghormati keluarga Bella sepenuh hati.
Antara komen yang mencuri perhatian:
-
“Kalau ucapan untuk ibu pun dah macam ni, agaknya kalau majlis kahwin nanti boleh menangis satu dewan.”
-
“Syed Saddiq memang lain daripada yang lain, penuh adab dan rasa hormat.”
-
“Ucapan dia tu ikhlas dan mendalam, kita yang dengar pun terasa sampai ke hati.”
Hubungan Rapat Terus Jadi Tumpuan
Kemesraan antara Saddiq dan Bella bukanlah sesuatu yang baharu diperkatakan. Pasangan ini pernah mencuri perhatian apabila mendaki Gunung Kinabalu bersama pada Januari lalu, diikuti dengan kejutan sambutan hari lahir Bella pada Mac, serta kehadiran Bella di mahkamah memberi sokongan terhadap rayuan Saddiq.
Segala interaksi tersebut menguatkan spekulasi netizen mengenai hubungan serius mereka, dan ramai yang menjangkakan satu berita besar bakal diumumkan tidak lama lagi.
“Ucapan Masa Majlis Kahwin Nanti Mesti Lagi Padu”
Kehangatan puisi ini terus menyalakan ramalan netizen tentang fasa baharu hubungan mereka. Ada yang berseloroh mengatakan jika puisi untuk ibu pun sudah begitu indah, ucapan semasa majlis perkahwinan nanti pasti lebih menyentuh jiwa.