Nasional

Ras Adiba Radzi bakal dilantik sebagai Senator Isnin depan

PERSONALITI televisyen yang popular suatu ketika dahulu, Ras Adiba Radzi bakal dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang membawa kepada gelaran Senator.

Ras Adiba, 51, bakal mengangkat sumpah sebagai Senator pada Isnin depan, 18 Mei.

Ras Adiba merupakan penyampai stesyen penyiaran TV3 dan selayaknya beliau dilantik sebagai Senator sejak dahulu.

Dengan pelantikan tersebut, suara Orang Kelainan Upaya (OKU) akan didengar dengan lebih lantang lagi di Dewan Negara, mungkin suatu hari nanti, di Dewan Rakyat.

Sudah tiba masanya kerajaan memberi ruang dan peluang yang lebih untuk melantik seorang wakil OKU yang berwibawa, berkaliber dan berkarisma untuk membawa suara dan hasrat golongan OKU.

Golongan ini sama sahaja keperluan dan kelangsungan hidup seperti golongan biasa cuma sedikit perbezaan, golongan OKU ini memerlukan fasilitas infrastruktur yang lebih mesra OKU.

Mengenali beliau atau lebih mesra dengan panggilan Dib, beliau layak menyandang jawatan sebagai Senator. Bahkan perjuangan golongan OKU akan menjadi lebih mantap dengan adanya Dib sebagai ‘jurucakap’ rakan-rakan OKU.

Tidak berhenti sekadar sebagai jurucakap, Dib yang berpendidikan lepasan kolej itu juga mempunyai idea-idea yang boleh membawa manfaat kepada golongan OKU di Malaysia.

Sekiranya suara golongan istimewa ini tidak kedengaran dengan lantang atau pun suara golongan ini tenggelam timbul, inilah masanya suara mereka didengari.

Tahniah kepada Ras Adiba Radzi di atas pelantikan Senator daripada warga kerja SUARA MERDEKA. – SM

(Visited 726 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button