Parlimen

Syarikat raih kekayaan ketika Covid wajar dikenakan ‘cukai durian runtuh’

SYARIKAT yang meraih keuntungan berkali-kali ganda dalam musim Covid-19 wajar dikenakan ‘windfall tax’ atau ‘cukai durian runtuh’.

Cukai tersebut boleh digunakan semula untuk kepentingan dan perbelanjaran rakyat yahg berhadapan kesukaran akibat Covid-19.

AHLI Parlimen Muar Syed Saqqid Syed Abdul Rahman berkata, ketika ini terdapat empat syarikat yang benar-benar mengaut keuntungan besar melibatkan pembuatan dan pengeluaran sarung tangan atau “glove makers”.

Syarikat terbabit adalah Top Glove Corporation yang memperoleh keuntungan men RM1.9 bilion, Hartalega Holdings Bhd (RM545 juta), Supermax Corporation- (RM789.5 juta) dan Kossan Rubber Industries.

“Kerajaan tidak cukaikan syarikat ini. Tetapi sekadar ambil RM400 juta derma untuk beli barangan syarikat ini untuk Covid-19. Maksudnya, syarikat ini langsung tidak terkesan dengan derma, tetapi ambil untung pula.

“Harus kita ingat, saham dari empat buah syarikat ini meningkat 441% sewaktu wabak pandemik COVID-19.

“Kalau kerajaan cukaikan mereka, kerajaan dapat kutip RM4.8 bilion ringgit. Cukai ini juga sifatnya sementara. Sewaktu syarikat ini menerima untung,” kata Syed Saddiq dalam perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya dengan cukai sebanyak RM4.8 bilion itu ia boleh digunakan untuk membeli vaksin , membina kemudahan hospital, bina sekolah dan bantuan tunai kepada rakyat.

“Jadi, apa yang kerajaan buat ini adalah menanggung kerugian dari memperolehi RM4.8 bilion dan memilih untuk terima RM400 juta.

“Adakah kerajaan telah berkompromi untuk dana politik? Ataupun terus berpihak kepada syarikat kaya daripada rakyat miskin?” tanya Syed Saddiq.

Bekas menteri belia dan sukan itu percaya pengenalan cukai durian runtuh itu adalah sebagai langkah permulaan sebelum lebih banyak lagi cukai baru dikenakan kepada pengusaha yang selesa tidak membayar cukai atas keuntungan berlipat kali ganda.

Cukai lain termasuk cukai harta warisan (inherintence tax), cukai keuntungan (capital gain tax), landholding tax dan sebagainya kerana ia tertumpu kepada mereka yang mempunyai kekayaan luar biasa.

“Jangan kita biar yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin. Kerajaan kenakan cukai bukan untuk tutup peluang mereka berniaga dan meraih untung, tetapi ini tanggungjawab yang perlu mereka kongsi dengan negara.

“Saya percaya selepas windfall tax, kita perlu fokus kepada cukai-cukai lain juga untuk membantu negara ini,” kata Syed Saddiq.-SM

 

 

(Visited 331 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button