Nasional

Acryl Sani dilantik jadi Timbalan Ketua Polis Negara

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin melantik Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.

Hamzah berkata, pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam selepas menerima nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

“Hari ini merupakan hari pertama kita meletakkan pemakaian bintang pangkat kepada Acryl Sani dan kita ucapkan tahniah dan syabas kepada beliau dengan kenaikan pangkat beliau, selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Acryl Sani, 59, yang sebelum ini Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, mengambil alih jawatan Timbalan Ketua Polis Negara daripada Datuk Mazlan Mansor yang bersara wajib hari ini.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia, menyertai Polis Diraja Malaysia pada 2 Februari 1986 sebagai Kadet Assistant Superintendent of Police (ASP), dan sepanjang perkhidmatannya dalam pasukan polis, beliau telah memegang pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman.

Antara jawatan yang pernah disandangnya adalah Pesuruhjaya Polis Sarawak, Ketua Polis Perak, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi. -SM

(Visited 508 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button