Nasional

Syarikat penerbangan setuju tambang rendah jika tempah awal

SYARIKAT penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air bersetuju memberi tambang yang lebih rendah sekiranya tiket perjalanan dibeli dua atau tiga minggu lebih awal.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, keputusan itu diambil selepas mengadakan pertemuan wakil syarikat penerbangan tersebut semalam.

Menurut Ka Siong, perjumpaan tersebut bagi membincangkan mengenai pemulihan semula sektor penerbangan yang juga merupakan pintu masuk ekonomi negara selepas penularan Covid-19.

Menurutnya, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) rakyat mengharapkan tambang tiket akan mula turun sebaik sahaja penerbangan ke destinasi domestik dan antarabangsa dibuka kembali tanpa mengenakan syarat penjarakan sosial.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) MAB, Kapten Izham Ismail; CEO AirAsia, Riad Asmat dan CEO Malindo, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri di atas sokongan penuh syarikat penerbangan mereka dalam melakukan yang terbaik untuk menurunkan harga tambang.

“Bagi tiket penerbangan yang ditempah 2 atau 3 minggu sebelum tarikh pelepasan, harga tiket mungkin 50 peratus dari tiket yang dibeli sehari dua sebelum pelepasan.” kata Ka Siong.

Ka Siong turut menyarankan supaya rakyat memberi lebih ruang dan waktu untuk tambang dikenakan syarikat penerbangan kembali normal.

Beliau berkata, ini kerana semua syarikat penerbangan kini mengalami tekanan kewangan yang luar biasa akibat wabak COVID-19 dengan penurunan jumlah penumpang hingga 97 peratus.

“Tanpa penumpang, dengan perbelanjaan yang perlu mereka tanggung, boleh mendorong ke arah ambang muflis,” katanya.-SM

Namun dalam masa yang sama syarikat penerbangan juga disarankan untuk sentiasa menetapkan kadar tambang munasabah serta tidak membebankan rakyat.-SM

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button