Luar Negara

Syarikat penerbangan New Zealand berikan perkhidmatan, katil 2 tingkat untuk kelas ekonomi

Memandangkan Syarikat penerbangan mengendalikan beberapa penerbangan mengambil masa yang agak lama, New Zealand memberikan perkhimatan terbaru untuk penumpang dari kelas ekonomi yang tidak boleh tidur secara duduk.

Untuk kali pertama syarikat penerbagan dari New Zealand mengumumkan konsep “Skynest” dimana para penumpang diberikan pilihan untuk berehat sebentar di atas katil, semasa penerbagan mereka.

Memetik laporan CNN, syarikat tersebut memberikan enam pod tidur melalui Boeing 787 Dreamliner , yang baru sahaja dilancarkan dan akan mula beroperasi pada 2024.

Setiap pod dalam zon tidur terletak di antara Premium Ekonomi. Tutur membekalkan satu set barang keperluan untuk tidur, lampu, port USB, penutup telinga dan saluran keluar udara.

Malah peralatan tempat tidur akan ditukarsetiap sesi. Pod tidur disusun seperti katil dua tingkat, dengan dua baris setiap satu terdapat tiga katil.

Menurut info, setiap penumpang akan dihadkan kepada sesi empat jam dalam satu pod, dengan kos tambahan untuk tempat duduk kelas Ekonomi biasa.

Tambahan lagi, mereka masih mengkaji tentang kitaran tidur, kitaran tidur setiap manusia adalah sekitar 90 minit, jadi setiap sesi empat jam memberi peluang kepada pelanggan untuk berehat, tertidur dan bangun.

Sememangnya penerbangan ini sangat sesuai untuk keselesaan penumpang yang mementingkan kualiti tidur, sama ada anda menuju ke mesyuarat atau melancong.-SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button