Nasional

Syarikat pembuatan sarung tangan Hartalega sahkan 35 pekerjanya Covid-19

SEBANYAK 35 pekerja Hartalega Holdings Bhd. dijangkiti Covid-19 dan daripada jumlah itu, 20 adalah petugas pusat operasi syarikat yang terletak di Bestari Jaya  manakala yang lain-lain, beroperasi di kompleks pembuatan sarung tangan di Sepang.

Berita jangkitan itu disahkan oleh syarikat berkenaan dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut kenyataan itu, pekerja yang terjejas kini menjalani rawatan di pusat kesihatan kerajaan.

Dalam pada itu, semua kontak mereka dalam 14 hari lalu telah dikenal pasti dan diletakkan di bawah kuarantin sebelum dibenarkan kembali bekerja.

Dalam kenyataan yang sama, Hartalega turut mengatakan operasi pembasmian kuman secara menyeluruh di kawasan berkenaan turut dilakukan.

Sejumlah 8,772 kakitangan syarikat telah menjalani ujian Covid-19 termasuk vendor luar seperti anggota keselamatan dan pengusaha kantin, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong  pula berkata, pemantauan ketat itu membolehkan Hartalega mencatatkan kadar positif rendah iaitu hanya 0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerjanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mengkaji cara memperbaiki langkah pencegahan Covid-19 dan sedang berusaha untuk melaksanakan ujian ‘Antigen Rapid Test’ secara berkala untuk semua pekerja. – SM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button