Nasional

Gas ammonia bocor, 59 pekerja sesak nafas

SEBANYAK 59 pekerja mengalami sesak nafas dan muntah selepas terhidu gas ammonia bocor di sebuah kilang di Kulim Hitech, di Kulim, Kedah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.42 malam.

Beliau berkata, seramai 24 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hitech dan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kebocoran gas berlaku pada saluran paip gas ke proses pengeluaran produk di stor kilang terbabit.

“Pekerja kilang diarahkan keluar dari lokasi kejadian selepas mendapati terdapat antara mereka mengalami muntah-muntah.

“Tindakan menyahcemarkan pada kesemua mangsa bagi meneutralkan gas dilakukan sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamadul berkata, seramai 27 mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan lanjut, seorang dirawat di zon merah dan 26 lagi dirawat di zon kuning.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.53 pagi.

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button